Saturday, September 6, 2008

Penjimatan Wang Rakyat





Berapa banyak wang rakyat Malaysia boleh dijimatkan sekiranya POLISI Kerajaan BN sekarang dipinda atau dihapuskan terus.
Apakah POLISI yang dimaksudkan itu?
Tahukah anda bahawa setiap perolehan kelengkapan ketenteraan untuk Angkatan Tentera Malaysia perlu melalui local contractor. Mereka akan mendapat 20% dari harga kelengkapan tersebut atau dalam erti kata lain harga sesuatu produk buatan luar negara akan ditambah 20% untuk bahagian local contractor.
Cubalah kira sendiri kalau sebuah pesawat AEW&C yang bernilai RM1 billion, berapakan yang diperolehi oleh local contractor? Atas angin saja dapat RM200 juta.
POLISI yang melampau!!
Patutkah diteruskan POLISI sebegini?
Tapi tahukah anda berapa harga yang dibeli oleh Pakistan Air Force? Untuk 5 buah pesawat Saab 2000 AEW&C harganya ialah USD1.2 bil atau RM4.08 bil. Setiap satu bernilai RM816 juta. Itu ikut harga Pakistan. harga Malaysia ialah RM1 bil sebuah. Pesawat yang sama. Pakistan dah tentu guna POLISI yang sama. Lebih RM100 juta bezanya. Berapa harga yang ditawarkan oleh Sweden pun kita tak tahu. Mungkin boleh guna khidmat perisikan.

Sumber:
http://www.abovetopsecret.com/forum/thread117189/pg1

Laman web di atas menyebut bahawa Pakistan membuat rundingan dengan Sweden untuk pembeian 14 buah pesawat Saab 2000 untuk Tentera Udara Pakistan dan Pakistan Intl Airlines. Kos untuk sebuah pesawat Saab 2000 versi penumpang ialah USD6.4 m atau RM21.86 juta. Sedangkan kos bagi sebuah pesawat AEW&C ialah RM816 juta. Ini bermakna kos bagi menukar pesawat Saab 2000 versi penumpang menjadikannya pesawat AEW&C ialah RM794 juta. Macam tak percaya!!! itu kos untuk Pakistanlah adik-adik dan abang-abang...

Anda selidiklah dan kira sendiri ye.. Berbaloikah kita beli beli juga pesawat yang REFURBISHED atau diubahsuai. Untuk pengetahuan anda Saab 2000 berusia di antara 9 hingga 16 tahun.

Sila klik laman web di bawah untuk semak sendiri senarai pembuatan pesawat Saab 2000
http://www.planespotters.net/Production_List/Saab/2000/index.html